BAHASA MELAYU PENULISAN (UPSR)

BAHAGIAN B

Terdapat 2 jenis karangan iaitu :-

A. Karangan Berformat
1. Jenis Surat Kiriman Rasmi
2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3. Karangan jenis Ucapan
4. Karangan jenis Syarahan
5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
6. Karangan jenis Berita
7. Karangan jenis Catatan Diari
8. Karangan jenis Laporan
9. Karangan jenis Perbahasan
10. Kad Jemputan

B. Karangan Tidak Berformat 
1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan
4. Karangan Jenis Perbincangan
5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
7. Karangan Jenis Peribahasa

CARA MENGARANG/MENULIS

  

1.Murid-murid perlulah membaca ketiga-tiga soalan yang

    diberikan. Fahami kehendak soalan dan buatlah pilihan yang

    tepat berdasarkan pengetahuan  masing-masing.

2. Sesebuah karangan yang lengkap mempunyai :-

            a) Pengenalan                                                                                                                        

            b) Isi-isi dan 

            c) Penutup

3. Setiap bahagian tersebut mempunyai kandungan dan status ayat

     yang berbeza sifat  dan fungsinya.

 

Pengenalan

1. Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau

     pengenalan.

2. Bahagian pengenalan ini memperkenalkan pembaca kepada apa

     yang hendak   diutarakan, atau tajuk yang mungkin pembaca

     tidak tahu atau faham.  

3. Pengenalan dibuat secara ringkas tetapi menarik memadai tiga

      atau empat  ayat.  

4. Murid-murid mestilah memastikan terlebih dahulu pembukaan

     karangan  hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau

     ejaan.

Isi-isi

1. Isi merupakan idea atau intipati kepada persoalan atau tajuk.

2. Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu.

3. Karangan perlu mempunyai sekurang-kurangnya empat isi.

4. Mesti mengandungi isi utama,huraian dan contoh.

5. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu

    dengan lain.

6. Isi ditulis dalam perenggan yang berbeza. Isi yang utama

    didahulukan.

7. Setiap isi perlu dihuraikan dan ada contoh. Sebaik-baiknya satu

     isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait  

     rapat.

8. Berhati-hati semasa menulis isinya supaya tidak terkeluar

     daripada tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang

     bercanggah dengan tajuk. Isi  karangan hendaklah asli tidak

     ditiru bulat-bulat daripada karangan lain.

9. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang

      sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Penutup

1. Ditulis pada akhir perenggan.

2. Merupakan kesimpulan atau rumusan kepada isi.

3. Berfungsi sebagai ayat penyudah sesuatu perkara yang

     dibicarakan agar tidak tergantung atau berhenti secara tiba-tiba.

Strategi Menulis Karangan.

Sebelum Menulis

1. Terdapat 3 pilihan, pilih tajuk yang paling sesuai dengan

     kemampuan diri.

2. Baca dan fahami setiap tajuk atau soalan yang diberi dan garis

      kata kunci yang ada dalam soalan.

3. Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak

      berformat. 

4. Memilih soalan yang benar-benar dapat dikuasai.

5. Cari dan senaraikan isi / idea-idea yang penting.

6. Sediakan kerangka karangan.

7. susun isi mengikut urutan kepentingannya.

8. Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang

     akan dihurai.

 

Semasa Menulis

1. Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis

    pendahuluan  terlebih dahulu satu perenggan. Buat pendahuluan

    yang baik berkaitan dengan  tajuk karangan.

2. Satu isi satu perenggan. Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam

     satu perenggan berserta dengan contohnya.

 

3. Pastikan ada penutup (merumus idea-idea utama).

4. Gunakan penanda wacana yang sesuai.

5. Penggunaan simpulan bahasa, peribahasa bahasa, bahasa kiasan

     dan kosa kata yang meluas menjadikan karangan lebih menarik.

Selepas Menulis

1. Selesai mengarang, semak dan baiki tulisan atau ejaan yang tidak

     jelas.

2. Semak imbuhan, ejaan, tanda baca, struktur ayat yang salah dan

     aspek tatabahasa yang lain.

3. Baca semula karangan bagi memastikan ketepatannya.

 

Petua :-

1. Tulis ayat yang pendek dan mudah kerana ayat yang panjang

      biasanya  terdedah kepada kesalahan tatabahasa.

2. Catat semua isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun

     mengikut yang mana lebih penting.

3. Karangan mesti mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.