Latest Entries »

MARI BELAJAR

BAHASA MELAYU PENULISAN (UPSR)

BAHAGIAN B

Terdapat 2 jenis karangan iaitu :-

A. Karangan Berformat
1. Jenis Surat Kiriman Rasmi
2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3. Karangan jenis Ucapan
4. Karangan jenis Syarahan
5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
6. Karangan jenis Berita
7. Karangan jenis Catatan Diari
8. Karangan jenis Laporan
9. Karangan jenis Perbahasan
10. Kad Jemputan

B. Karangan Tidak Berformat 
1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan
4. Karangan Jenis Perbincangan
5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
7. Karangan Jenis Peribahasa

CARA MENGARANG/MENULIS

  

1.Murid-murid perlulah membaca ketiga-tiga soalan yang

    diberikan. Fahami kehendak soalan dan buatlah pilihan yang

    tepat berdasarkan pengetahuan  masing-masing.

2. Sesebuah karangan yang lengkap mempunyai :-

            a) Pengenalan                                                                                                                        

            b) Isi-isi dan 

            c) Penutup

3. Setiap bahagian tersebut mempunyai kandungan dan status ayat

     yang berbeza sifat  dan fungsinya.

 

Pengenalan

1. Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau

     pengenalan.

2. Bahagian pengenalan ini memperkenalkan pembaca kepada apa

     yang hendak   diutarakan, atau tajuk yang mungkin pembaca

     tidak tahu atau faham.  

3. Pengenalan dibuat secara ringkas tetapi menarik memadai tiga

      atau empat  ayat.  

4. Murid-murid mestilah memastikan terlebih dahulu pembukaan

     karangan  hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau

     ejaan.

Isi-isi

1. Isi merupakan idea atau intipati kepada persoalan atau tajuk.

2. Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu.

3. Karangan perlu mempunyai sekurang-kurangnya empat isi.

4. Mesti mengandungi isi utama,huraian dan contoh.

5. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu

    dengan lain.

6. Isi ditulis dalam perenggan yang berbeza. Isi yang utama

    didahulukan.

7. Setiap isi perlu dihuraikan dan ada contoh. Sebaik-baiknya satu

     isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait  

     rapat.

8. Berhati-hati semasa menulis isinya supaya tidak terkeluar

     daripada tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang

     bercanggah dengan tajuk. Isi  karangan hendaklah asli tidak

     ditiru bulat-bulat daripada karangan lain.

9. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang

      sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Penutup

1. Ditulis pada akhir perenggan.

2. Merupakan kesimpulan atau rumusan kepada isi.

3. Berfungsi sebagai ayat penyudah sesuatu perkara yang

     dibicarakan agar tidak tergantung atau berhenti secara tiba-tiba.

Strategi Menulis Karangan.

Sebelum Menulis

1. Terdapat 3 pilihan, pilih tajuk yang paling sesuai dengan

     kemampuan diri.

2. Baca dan fahami setiap tajuk atau soalan yang diberi dan garis

      kata kunci yang ada dalam soalan.

3. Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak

      berformat. 

4. Memilih soalan yang benar-benar dapat dikuasai.

5. Cari dan senaraikan isi / idea-idea yang penting.

6. Sediakan kerangka karangan.

7. susun isi mengikut urutan kepentingannya.

8. Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang

     akan dihurai.

 

Semasa Menulis

1. Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis

    pendahuluan  terlebih dahulu satu perenggan. Buat pendahuluan

    yang baik berkaitan dengan  tajuk karangan.

2. Satu isi satu perenggan. Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam

     satu perenggan berserta dengan contohnya.

 

3. Pastikan ada penutup (merumus idea-idea utama).

4. Gunakan penanda wacana yang sesuai.

5. Penggunaan simpulan bahasa, peribahasa bahasa, bahasa kiasan

     dan kosa kata yang meluas menjadikan karangan lebih menarik.

Selepas Menulis

1. Selesai mengarang, semak dan baiki tulisan atau ejaan yang tidak

     jelas.

2. Semak imbuhan, ejaan, tanda baca, struktur ayat yang salah dan

     aspek tatabahasa yang lain.

3. Baca semula karangan bagi memastikan ketepatannya.

 

Petua :-

1. Tulis ayat yang pendek dan mudah kerana ayat yang panjang

      biasanya  terdedah kepada kesalahan tatabahasa.

2. Catat semua isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun

     mengikut yang mana lebih penting.

3. Karangan mesti mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.

Mari Belajar!

BAHASA MELAYU

Periksa Akhir Tahun

Tup Tap tup tap  dah sampai akhir tahun. Sesi 2011 hanya tingga kurang lebih 3 minggu sahaja. Cepatnya masa berlalu. Rasa baru saja 2011 nie datang. Dah nak habis. JPN pun dah hantar emel mengenai jadual periksa akhir tahun. SU periksa pun dah siapkan jadualnya.

Harap-harap muridku dapat menjawab semua soalan dengan baik dan lulus dengan cemerlang. Periksa akhir tahun nie nampaknya bersambung dengan cuti Raya Haji. Entah dapat siapkan menanda kertas jawapan atau tidak tak tau lah…banyak juga daging korban yang nak dihabiskan tuu….hehe.

Apa-apa pun moga semuanya akan selesai sebagaimana yang sepatutnya. Bila dah siap periksa nak kena masukkan pula dalam saps. Tahun 1 kena masukkan dalam sppbs. Tapi tak apalah….apa-apa yang kita buat tuu buatlah dengan ikhlas hati, barulah kita akan dapat pahalanya. Betul tak? Ok Bye!

Jamuan Akhir Tahun 2011

SK Kag Baharu Kuala Besut telah mengadakan jamuan akhir 2011 pada 20 Okt lepas bertempat di R’Datu Restoran Pantai Air Tawar Besut yg dihadiri oleh semua guru, kakitangan serta pekerja swasta. Majlis bermula jam 2.00 ptg dan berakhir 3.30 ptg.

Yang seronoknya pada tahun ini semua orang mendapat cendera hati sekurang2nya 3 benda. Dan yang paling seronok ialah terdapat 10 orang guru yang menerima cenderahati bagi kategori sentiasa menghantar buku “Ringkasan Mengajar”.

Naik Pangkat

Selamat bertugas di sekolah baru diucapkan kepada En Norezal Isa bin Daud dari SK Tengku Mahmud II yg dinaikkan pangkat sebagai GPK Ko di Sekolah ini.Kami mengucapkan selamat menjalankan tugas dengan cemerlang.

Guru dan murid sedang menunggu ketibaan En Norezal Isa.

GB menyambut ketibaan GPK bersama rombongan.

GB menyampaikan ucapan aluan.

Ucapan salam perkenalan dari En Norezal Isa bin Daud GPK KO.

Jamuan ringan.

Hari ini muridku dari tahun 4 akan menerima ebook yg diadakan di SK Nail Kuala Besut. Cikgu doakan moga kemudahan yg disdiakan ini akan dimanfaatkan dengan sebaiknya demi kecemerlangan kamu dalam meneruskan pelajaran di masa akan datang. Selamat belajar semua.

Belajar mengendalikan blog

Hari ini saya pertama kali akan belajar cara-cara untuk mengendalikan blog ini secara sistematik. Mudah-mudahan ianya akan dapat memberikan ilmu baru kepada saya pada masa akan datang.Belajar sedikit-sedikit,nanti banyaklah ilmu yang dapat.Terima kasih kepada ustaz yang telah banyak memberi tunjuk ajar tentang penghasilan blog ini.

Sabtu Oktober 15, 2011 – Oleh SARBAN SINGH

SEREMBAN: Keputusan kerajaan untuk memansuhkan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat selepas mengenal pasti terdapat murid-murid yang masih sukar berkomunikasi dalam bahasa tersebut sejak program itu diperkenalkan enam tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu turut mengambil kira masalah guru-guru yang tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik sehingga menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan tidak membuat keputusan dengan tergesa-gesa tetapi bertindak sedemikian selepas menyedari murid-murid di kawasan pedalaman jauh ketinggalan dalam kedua-dua subjek itu.

“Penguasaan bahasa Inggeris amat penting tetapi mengapa kanak-kanak di negara kita perlu mempelajarinya menerusi Sains dan Matematik.

“Selain mempelajari bahasa yang bukan dari bahasa ibunda mereka, kanak-kanak kita dibiarkan mengikuti pembelajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Menurut beliau, kajian yang dijalankan Kementerian Pelajaran menunjukkan hampir 60,000 guru kedua-dua subjek itu mempunyai daya penguasaan bahasa Inggeris yang lemah.

“Peratusan guru yang mampu berkomunikasi dengan baik amat mengecewakan. Mereka tiada latihan mencukupi untuk menghasilkan sesi pengajaran yang berkesan.

“Saya sendiri telah pergi ke sebuah sekolah untuk memantau guru-guru yang mengajar subjek tersebut. Namun apabila soalan diajukan, tiada murid-murid yang mengangkat tangan untuk menjawab soalan itu.

“Sebaik saja soalan diajukan dalam Bahasa Malaysia, kebanyakan murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan itu,” katanya ketika sesi dialog di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar di sini, Sabtu.

Muhyiddin berkata, sesiapa saja tidak perlu beremosi apabila bercakap mengenai isu tersebut.

Katanya, beliau turut mempersoalkan mengapa sekolah kebangsaan diminta untuk mengajar kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris dan bukannya sekolah vernakular.

“Saya percaya kebanyakan ibu bapa mahu subjek berkenaan diajar dalam bahasa Malaysia jika mereka diberi peluang,” katanya.

Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah menyerahkan referendum untuk menentukan perkara ini.

Muhyiddin berkata, jika kerajaan menetapkan kedua-dua subjek itu supaya diajar dalam bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah, murid-murid tidak akan memahami subjek tersebut dalam Bahasa Malaysia.

“Generasi pada masa hadapan akan menyalahkan saya kerana tidak mengutamakan Bahasa Malaysia.

“Jika Jepun, Jerman dan China yang mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda mereka, saya percaya Malaysia juga boleh cemerlang dalam pelbagai bidang,” katanya.

1. Wan Norhashimah W Ahmad

2. Nur Izzati Noh.